MMG Hatyai September 2019

Percutian ke Hatyai bersama team stokis ejen yang berjaya capai target dari bulan April ke Julai 2019. Percutian ini melibatkan seramai 55 orang dengan menaiki sebuah bas dan sebuah van.

Kami bertolak ke Hatyai pada 22 Ogos 2019 jam 10 malam yang mana semua team berkumpul di KL Sentral.

Tiba di pintu masuk Thailand melalui Bukit Kayu Hitam dalam sekitar jam 8 pagi. Destinasi pertama kami ialah Nora Plaza, syurga membeli belah dan seterusnya ke Renu Plaza.

Selepas itu dalam sekitar jam 2 petang, kami dibawa ke Big Bee iaitu ladang lebah yang femes di hatyai. Sebelah malamnya pula kami dibawa ke Floating Market.

Pada hari kedua, kami dibawa ke Chang Puak Camp untuk bermain main dengan gajah. Dan seterusnya ke Bukit Tang Kouan untuk melihat pemandangan laut dari atas bukit yang sangat cantik Petang itu, terus ke samila beach untuk bergambar bersama patung duyung dan patung kepala naga serta berhenti solat di masjid songkhla.